nie 1st entry kat sini..
hasil kerja student sy yang sangat sporting..
5 Bakti..
jom layan...
hari ini..
hariku bagaikan sisipan setitis embun pagi..
suci.. dingin.. dan sepi..
sepi kerana gagal mengingati saat manis..
bersamamu..
kali pertama kau ku kenali dirimu..
hanyalah melalui sekeping kertas foto usang..
dan barulah hatiku berdetik..
tak pernah ku terasa hangat pelukanmu..
suara tawamu.. marah herdikmu.. senyum banggamu..
tatkala baru aku mula merangkak menongkah dunia..
kau hilang sekelip mata..
pergi menunai menyahut jemputan Illahi..
menemuni suratan azali..
abah..
maafkan aku jika pemergianmu tidak tak ku sedari..
maafkan aku jika jauhmu tidak membuatku sedih..
maafkan aku jika dirimu terlalu asing bagi ku..
maafkan aku abah..
sesungguhnya..
hanya Tuhan yang tahu..
rinduku padamu sedalam lautan biru..
~ salmishahira . samuel . illi & asyura ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ibu.. bergenang air mataku..
pabila terbayang wajahmu yang redup sayu..
kasih sayang yang telah engkau hamparkan padaku..
bagaikan lautan yang tak bertepian..
hidupmu kau korbankan..
biarpun diri mu yang telah terkorban..
tak dapat ku balasi semua ini..
ibu.. ku harap engkau ampunkan dosa ku..
andaianya aku pernah menghiris hatimu..
restu mu yang amat ku harapkan..
kerana di situ terletaknya syurgaku..
~ fadhil . najib . rasyid . ali ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
keluarga..
kita bagai siang yang memerlukan malam..
bagai umpama matahari dan bulan..
jika tiada semua ini..
tidak legkaplah dunia ini..
keluarga..
tanpa keluarga apalah siapalah kita..
sebuah kegembiraan pasti tidak bererti..
jika tidak dapat berkongsi dengan dikongsi bersama orang yang disayangi..
sebuah kesedihan merupakan bencana jika tidak diluahkan..
keluarga..
merupakan segala-galanya bagi kita..
jika tiada.. tidak lengkaplah hari-hari kita..
bagai satu keindahan..
membawa ketenangan dan kebahagiaan..
yang bisa menyempurnakan hidup kita..
~ isma . afini . amizi . auli ~