Showing posts with label FoRm 5... Show all posts
Showing posts with label FoRm 5... Show all posts

Friday, October 15

PreSeNTaTioN..

sesi pembentangan yang sejuk mata memandang...
klu hasil kerja cam nie baru la semangat nak denga kan..

TeMa 5 : MaLaYsia NeGaRa BeRDauLaT...


hasil kerja student ku...

morning r shining so bright..
the sky r smiling blue..
clouds r just wonderful..
wake up in the morning n thought of all great things..
tears teach me some meaningful words..
which make me believe that peaceful can bring us happiness..
i learned the most valuable lesson of he day..
true life exist in everyone of us..
this world have lots to offer..
but in time.. it will go dark..
if the world could have the same heart as me..
but if we believe in loyalty..
i'm sure there will be no war..

izzati & laili
5 bakti

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dalam ladang ada angsa.. dalam kolam ada ikan..
walau hidup berbilang bangsa.. semangat perpaduan tetap dikekalkan..

pak mat naik kuda.. kuda kena sawan..
pelbagai juadah dari semua budaya.. kesemua menjadi kegemaran..

robert datang dari rusia.. semata-mata mencari ayam serama.
pelbagai perayaan ada di Malaysia.. semua disambut bersama-sama..

anak Malaysia mencipta nama.. mencipta nama di mata dunia..
kejayaan dikecapi dikongsi bersama.. itulah dia negara ku Malaysia..

sekian saja pantun kami.. pantun Malaysia harmoni nama di beri..
salah silap maafkan kami.. umur panjang jumpa lagi..

haikal & anastasya
5 beta

TeMa 4 : WaRiSaN KePeLBaGaiaN BuDaYa..

hasil kerja student ku..
kreatif jugak budak2 nie..

penanda buku..
5 bakti n 5 beta..

poster warisan kesenian di Malaysia..
5 ceria yg mmg ceria..

Tuesday, March 30

TeMa 2 : MaRi BeRPuiSi..



nie 1st entry kat sini..
hasil kerja student sy yang sangat sporting..
5 Bakti..
jom layan...

hari ini..
hariku bagaikan sisipan setitis embun pagi..
suci.. dingin.. dan sepi..
sepi kerana gagal mengingati saat manis..
bersamamu..

kali pertama kau ku kenali dirimu..
hanyalah melalui sekeping kertas foto usang..
dan barulah hatiku berdetik..
tak pernah ku terasa hangat pelukanmu..
suara tawamu.. marah herdikmu.. senyum banggamu..

tatkala baru aku mula merangkak menongkah dunia..
kau hilang sekelip mata..
pergi menunai menyahut jemputan Illahi..
menemuni suratan azali..

abah..
maafkan aku jika pemergianmu tidak tak ku sedari..
maafkan aku jika jauhmu tidak membuatku sedih..
maafkan aku jika dirimu terlalu asing bagi ku..
maafkan aku abah..

sesungguhnya..
hanya Tuhan yang tahu..
rinduku padamu sedalam lautan biru..

~ salmishahira . samuel . illi & asyura ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ibu.. bergenang air mataku..
pabila terbayang wajahmu yang redup sayu..
kasih sayang yang telah engkau hamparkan padaku..
bagaikan lautan yang tak bertepian..
hidupmu kau korbankan..
biarpun diri mu yang telah terkorban..
tak dapat ku balasi semua ini..
ibu.. ku harap engkau ampunkan dosa ku..
andaianya aku pernah menghiris hatimu..
restu mu yang amat ku harapkan..
kerana di situ terletaknya syurgaku..

~ fadhil . najib . rasyid . ali  ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

keluarga..
kita bagai siang yang memerlukan malam..
bagai umpama matahari dan bulan..
jika tiada semua ini..
tidak legkaplah dunia ini..

keluarga..
tanpa keluarga apalah siapalah kita..
sebuah kegembiraan pasti tidak bererti..
jika tidak dapat berkongsi dengan dikongsi bersama orang yang disayangi..
sebuah kesedihan merupakan bencana jika tidak diluahkan..

keluarga..
merupakan segala-galanya bagi kita..
jika tiada.. tidak lengkaplah hari-hari kita..
bagai satu keindahan..
membawa ketenangan dan kebahagiaan..
yang bisa menyempurnakan hidup kita..

~ isma . afini . amizi . auli ~